Wednesday, 18 April 2012

Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China


Soalan:

Apakah status hadith Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China ? Ada pendapat yang menyatakan bahawa ia adalah hadith palsu. Adakah dakwaan ini benar ?

Jawapan

Wa’alaikum salam Wr. Wb.

« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »

“ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad.

Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : karena hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh karena itu tidak boleh bagi kita mengatakan bahwa itu bukan hadits.

شعب الإيمان للبيهقي – (4 / 174)


أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، أخبرنا أبو الحسن علي بن محمد بن عقبة الشيباني ، حدثنا محمد بن علي بن عفان ، ح وأخبرنا أبو محمد الأصبهاني ، أخبرنا أبو سعيد بن زياد ، حدثنا جعفر بن عامر العسكري ، قالا : حدثنا الحسن بن عطية ، عن أبي عاتكة ، – وفي رواية أبي عبد الله – حدثنا أبو عاتكة ، عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » « هذا حديث متنه مشهور ، وإسناده ضعيف » وقد روي من أوجه ، كلها ضعيف

جامع الأحاديث – (5 / 2)


اطلبوا العلم ولو بالصين فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم (العقيلى ، وابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان ، وابن عبد البر عن أنس) أخرجه العقيلى (2/230 ، ترجمة 777) ، وابن عدى (4/118 ، ترجمة 963) كلاهما فى ترجمة طريف بن سلمان أبو عاتكة . والبيهقى فى شعب الإيمان (2/253 ، رقم 1663) ، وقال : هذا الحديث شبه مشهور ، وإسناده ضعيف ، وقد روى من أوجه كلها ضعيفة . وأخرجه ابن عبد البر فى العلم (1/9) . وأخرجه أيضاً : الخطيب (9/363) ، وأورده ابن الجوزى فى الموضوعات (1/347 ، رقم 428) . قال العجلونى (1/154) : ضعيف بل قال ابن حبان : باطل . وذكره ابن الجوزى فى الموضوعات ، ونوزع بقول الحافظ المزى : له طرق ربما يصل بمجموعها إلى الحسن ، وبقول الذهبى فى تلخيص الواهيات : روى من عدة طرق واهية وبعضها صالح ، ورواه أبو يعلى عن أنس بلفظ : اطلبوا العلم ولو بالصين فقط ، ورواه ابن عبد البر أيضاً عن أنس بسند فيه كذاب .

مسند البزار – (1 / 55(


وَحَدِيثُ أَبِي الْعَاتِكَةِ : اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ لاَ يُعْرَفُ أَبُو الْعَاتِكَةِ وَلاَ يُدْرَى مِنْ أَيْنَ هُوَ ، فَلَيْسَ لِهَذَا الْحَدِيثِ أَصْلٌ.

قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 66(


وفي عون الباري نقلاً عن النووي أنه قال ((الحديث الضعيف عند تعدد الطرق يرتقى عن الضعف إلى الحسن ويصير مقبولاً معمولاً به))

قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 77(


الخامسة قولهم هذا الحديث ليس له أصل أو لا أصل له قال ابن تيميه معناه ليس له إسناد

قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 86(


الثامن المشهور وهو ماله طرق محصورة بأكثر من اثنين سمى بذلك لوضوحه ويطلق على ما اشتهر على الألسنة فيشمل ماله إسناد واحد فصاعداً بل مالا يوجد له إسناد أصلا (كذا في النخبة) وما اشتهر على الألسنة أعم عن اشتهاره عند المحدثين خاصة أو عندهم أو عند العامة مما لا أصل له

شرح إختصار علوم الحديث – (1 / 363(


والشهرة أمر نسبي، فقد يشتهر عند أهل الحديث، أو يتواتر ما ليس عند غيرهم بالكلية ، ثم قد يكون المشهور متواترا أو مستفيضا، وهذا ما زاد نقلته على ثلاثة، وعن القاضي الماوردي أن المستفيض أكثر من المتواتر، وهذا اصطلاح منه، وقد يكون المشهور صحيحا كحديث: الأعمال بالنيات وحسنا، وقد يشتهر بين الناس أحاديث لا أصل لها، أو هي موضوعة بالكلية، وهذا كثير جدا

Sumber : Http://www.Forsansalaf.Com

Read more: http://ad-deen.proboards.com/index.cgi?board=hadis&action=display&thread=40#ixzz1BaBfZIUc

Hadis: ((اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ ، فَإِنَّ طَلَبَ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ)) ini mempunyai sekurang-kurangnya 25 hadis bertaraf sangat lemah dan 4 hadis yang dha'if. Namun, kerana ianya diriwayatkan oleh banyak jalan, maka sebahagian ulama' membuat kesimpulan bahawa ianya boleh mencapai hasan sebagaimana perkataan Imam Al-Mizzi. Begitu juga dengan syawahid iaitu hadis-hadis kefardhuan menuntut ilmu tanpa menyebut ((tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China))

Hadis ini diriwayatkan oleh Saidina Anas r.a. secara bersendirian dalam kebanyakan kitab-kitab hadis.

Antara mereka yang meriwayatkan hadis ini daripada beliau dari adalah:

-Aban bin Fairuz
-Abu 'Atikah Tharif bin Salman Al-Kufi

Adapun Aban bin Fairuz Al-Bashri, beliau dikritik oleh ramai ulama' hadis.

Imam 'Amr bin 'Ali berkatA: "Matruk Al-Hadis" (ditinggalkan hadisnya) sedangkan dia ialah seorang lelaki yang sholeh.

Begitu juga, di sisi Imam Ahmad, beliau ditinggalkan hadisnya sehinggakan Waqi' sekadar menyebut "Rajul" ketika menyebut hadisnya sebagai mendho'ifkannya. Dalam riwayat lain, Imam Ahmad berkata bahawasanya Aban seorang Munkar Al-Hadis.

Yahya bin Ma'in berkata: beliau ialah dha'if. Dalam riwayat lain, beliau berkata: "hadisnya laisa bisya'ie (lafaz kritikan: yang bermaksud tidak ada nilai hadis riwayatnya).

Imam Abu Hatim Ar-Razi berkata tentang beliau: "Matruk Al-Hadis. Sedangkan beliau ialah seorang lelaki yang sholeh tetapi diuji dengan buruk hafalannya".

Imam Abu Zur'ah ketika ditanya tentang Aban lalu beliau menjawab: ditinggalkan hadisnya dan tidak dibacakan kepada kami hadisnya.

Imam Abu Zur'ah ditanya tentang kelemahan Aban lalu beliau menjawab: "Beliau mendengar hadis daripada Anas dan orang masyhur yang lain begitu juga Al-Hasan namun tidak boleh membezakan antara mereka (dalam riwayat-riwayat mereka).

Imam An-NAsa'ie berkata tentang beliau: "Matruk Al-Hadis", "Laisa bi Thiqah (tidak dipercayai) dan tidak ditulis hadisnya".

Pun begitu, Imam Ibn Adi berkata: antara yang meriwayatkan daripada Aban adalah Imam At-Thauri, Ma'mar, Ibn Juraij, Hamad bin Salamah dan sebagainya.

[Rujuk Tahzib Al-Kummal]

Adapun Abu 'Atikah Thorif bin Salman, maka para ulama' menilai beliau sebagaimana berikut.

Abu Hatim: "Zahib Al-Hadis" (Hafalannya terhadap hadis lemah)

Imam Al-BUkhari berkata: "Munkar Al-Hadis".

Imam An-NAsa'ie berkata tentang beliau: "Tidak thiqah"

Imam Ad-Darqutni berkata pula: "Dha'if"

Imam At-Tirmizi ada meriwayatkan satu hadis melalui jalan beliau.

[Rujuk Tahzib Al-Kummal]

Kedua-dua perawi yang lemah dalam sanad ini tidak jatuh ke tahap ditohmah sebagai pendusta hadis atau pemalsu hadis. Jadi, hadis ini sekalipun dinilai dho'if oleh kebanyakan ulama', tidak boleh dinilai sebagai palsu sebagaimana dilakukan oleh sesetengah ahli ilmu kerana hadis palsu (maudhu') dengan hadis dha'if sangat berbeza kedudukannya dalam ilmu hadis.

Wallahu a'lam...

Di samping itu juga, para ulama' tidak sepakat mengatakan hadis ini secara mutlak sebagai dho'if.

Imam As-Syaukani berkata:

رواه العقيلي ، وابن عدي ، عن أنس ، مرفوعًا ، قال ابن حبان : وهو باطل لا أصل له ، وفي إسناده : أبو عاتكة ، وهو منكر الحديث ، وتعقب بأنه قد روى له الترمذي ، وقد أخرج هذا الحديث البيهقي في الشعب ، وابن عبد البر في كتاب العلم ، وقال في المختصر : هو لابن ماجه ، وأحمد ، والبيهقي ، ولفظه مشهور ، وأسانيده ضعيفة ، وقد أورده ابن الجوزي في الموضوعات .

Maksudnya: Hadis ini, Al-Uqaili meriwayatkannya, begitu juga Ibn 'Adi daripada Anas r.a. secara Marfu' (diangkat kepada Rasulullah s.a.w.).

Imam Ibn Hibban berkata: Hadis ini batil tiada asal baginya. Dan pada sanadnya mengandungi Abu 'Atikah yang mana beliau ialah Munkar Al-Hadis. Kemudian, dia menyebut bahawa Imam At-Tirmizi juga meriwayatkan daripadanya.

Imam Al-Baihaqi juga mengeluarkan hadis ini dalam As-SYu'ab dan Ibn Abdil Bar juga dalam Kitab Al-Ilm. Dan beliau berkata dalam Al-Mukhtasar: Hadis ini juga bagi Ibn Majah, Ahmad dan Al-Baihaqi yang mana lafaznya masyhur sedangkan sanad-sanadnya lemah.

Imam Ibn Al-Jauzi meriwayatkannya dalam kitab Al-Maudhu'at (iaitu sebuah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis palsu pada penilaian Imam Ibn Al-Jauzi.) [Al-Fawa'id Al-Majmu'ah no hadis: 850]

Imam Al-'Ajluni pula berkata [no: 397]:

رواه البيهقي والخطيب وابن عبد البر والديلمي وغيرهم عن أنس، وهو ضعيف، بل قال ابن حبان باطل، وذكره ابن الجوزي في الموضوعات، ونوزع بقول الحافظ المزي له طرق ربما يصل بمجموعها إلى الحسن، وبقول الذهبي في تلخيص الواهيات روى من عدة طرق واهية وبعضها صالح،
ورواه أبو يعلى عن أنس بلفظ اطلبوا العلم ولو بالصين فقط،

Maksudnya: Ia diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi, Imam Al-KHatib, Imam Ibn Abdil Bar, Imam Ad-Dailami dan sebagainya dariapda Anas r.a. yang mana ianya dha'if.

Bahkan, Imam Ibn HIbban menilai ianya sebagai batil sebagaimana Ibn Al-Jauzi menyebutnya dalam Al-Maudhu'at.

Namun, dipertikaikan perkataan tersebut dengan perkataan Al-Hafiz Al-Mizzi: "baginya jalan-jalan riwayat yang mana himpunannya secara keseluruhan membawa kepada darjat hasan". Begitu juga perkataan Al-Hafiz Az-Zahabi yang berkata dalam Talkhis Al-Wahiyat: "Diriwayatkan daripada banyak jalan yang lemah dan sebahagiannya baik.

Imam Abu Ya'la meriwayatkan daripada Anas r.a. dengan lafaz "tuntutlah ilmu walau ke negeri China" sahaja.

[Rujuk Kasyf Al-Khafa' pada no hadis tersebut]

Bukan sekadar Imam Ibn Hibban, malah Imam Al-Jurjani juga menilai hadis ini batil melalui jalan Abu Hurairah r.a. sebagaimana perkataan beliau:

وَهَذَا بِهَذَا الإِسْنَادِ بَاطِلٌ

Maksudnya: "Dan hadis ini dengan sanad ini (melalui jalan Abu Hurairah tersebut)... [Al-Kamil fi Dhu'afa' Ar-Rijal, no hadis: 213]

Imam Al-Bazzar juga menilai hadis ini sebagai tiada asal sebagaimana perkataan beliau:

فَلَيْسَ لِهَذَا الْحَدِيثِ أَصْلٌ .

Maksudnya: "Tiada bagi hadis ini akan asal". [Al-Bahr Az-Zakhar: no hadis: 73]

Imam Al-Baihaqi menilai hadis ini sebagai dha'if sebagaimana perkataan beliau:

هَذَا حَدِيثٌ مَتْنُهُ مَشْهُورٌ , وَأَسَانِيدُهُ ضَعِيفَةٌ , لا أَعْرِفُ لَهُ إِسْنَادًا يَثْبُتُ بِمِثْلِهِ الْحَدِيثُ وَاللَّهُ أَعْلَمُ

Hadis ini matannya masyhur tetapi sanad-sanadnya lemah. Saya tidak tahu bagi hadis ini ada sanad yang dapat menetapkannya seperti sanad ini. Wallahu a'lam. [Al-Madkhal ila As-Sunan Al-Kubra, no hadis: 234]

Kesimpulannya, antara para ulama' yang menilai hadis ini lemah antaranya adalah: Imam Al-Baihaqi, Imam As-Syaukani dan sebagainya. Bahkan, ada yang sampai menilai hadis ini sebagai batil seperti Imam Ibn Hibban, atau sanadnya batil seperti Imam Al-Bazzar dan malah dinilai sebagai maudhu' (palsu atau rekaan) oleh Imam Ibn Al-Jauzi.

Namun, Imam Al-'Ajluni mendatangkan dua perkataan para ulama' yang masih menilai hadis ini dengan penilaian positif iaitu Al-Hafiz Al-Mizzi dan Al-Hafiz Az-Zahabi.

Apa yang menarik perhatian adalah, ketika kebanyakan ulama' menilai hadis ini sebagai lemah, Imam Az-Zahabi menyebut sebahagian jalan periwayatannya adalah sholeh (baik) sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Al-'Ajluni. Adakah jalan riwayat yang baik yang dimaksudkan oleh Imam Az-Zahabi merujuk kepada riwayat Aban bin Fairuz atau Abu Atikah yang disebutkan sebelum ini tentang kelemahan kedua-duanya? Atau, beliau merujuk kepada jalan riwayat selain riwayat Aban dan Abu Atikah?

Memang benar kedua-dua perawi tersebut tidaklah jatuh ke tahap pemalsu hadis atau pendusta sehingga hadis ini jatuh ke tahap maudhu', namun masih tidak dapat menafikan kelemahannya. Imam Al-Mizzi menilai ianya hasan jika jalan-jalan periwayatan hadis ini dihimpunkan lalu saling menguatkan antara satu dengan yag lain. Selain daripada riwayat melalui kedua-dua perawi ini, adakah sanad yang lain yang lebih baik?

Dalam bidang hadis, ilmu rijal, sanad dan jarh wa ta'dhil sangat sulit sehinggakan hatta para nuqqad (penilai sanad hadis) yang besar pun terdedah kepada kesalahan tertentu dalam menilai sesuatu hadis, apatah lagi para pengkaji sanad masakini yang terlalu jauh penguasaan sumber dan ilmu berbanding para ulama' nuqqad terdahulu.

Dalam masalah hadis ini, ruang menilai hadis ini secara positif memang masih ada kerana sekurang-kurangnya hadis ini tidak bertaraf maudhu' (palsu) atau batil kerana perawi-perawi yang dinilai lemah tersebut tidak terlalu ditohmah sehingga jatuh kepada tahap dusta atau pemalsu hadis.

Ruang kedua menilai hadis ini secara positif adalah sebagaimana dilakukan oleh Imam Al-Mizzi sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Al-'Ajluni dalam KAsyf Al-Khafa'.

Ruang ketiga semestinya adalah dengan mengkaji kembali hadis ini dari sudut penilaian Imam Az-Zahabi yang mengatakan hadis ini ada jalan yang baik. Maka, adakah di sana jalan periwayatan ketiga bagi hadis ini selain jalan Aban dan Abu 'Atikah?

Dalam penemuan terbaru, sebuah juzu' kecil yang menghimpunkan hadis-hadis himpunan Imam Abu Al-Qasim Zahir bin Thahir bin Muhammad As-Syahami An-Naisaburi (w: 533 H) yang berjudul السُباعيات الألف (As-Suba'iyyat Al-Alf) bahagian 5,6,7 dan 8 (http://shamela.ws/index.php/book/10444) telah ditemui dalam bentu manuskrip.

Dalam juzuk As-Suba'iyyat ini ada meriwayatkan hadis yang dibincangkan dengan kedua-dua jalan (Aban dan Abu 'Atikah) di samping satu jalan tambahan yang mengiringi jalan Aban tersebut.

Berikut adalah nasnya:-

) أَخْبَرَنَا الشَّيْخُ أَبُو نَصْرٍ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَلِيِّ بْنِ مُوسَى ، نا أَبُو أَحْمَدَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَحْمَدَ الْفَرَضِيُّ ، بِبَغْدَادَ , نا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْحُسَيْنُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ الْمَحَامِلِيُّ ، نا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ الأَحْمَسِيُّ ، نا الْحَسَنُ بْنُ عَطِيَّةَ ، عَنْ أَبِي عَاتِكَةَ ، عَنْ أَنَسٍ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ , فَإِنَّ الْعِلْمَ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ " وَأَخْبَرَنَا أَبُو نَصْرٍ ، أنا أَبُو أَحْمَدَ ، نا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ ، نا ابْنُ إِشْكَابَ ، نا يَزِيدُ ، عَنْ حُمَيْدٍ ، وَأَبَانٍ ، عَنْ أَنَسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ

Sheikh Abu NAsr Abdul Rahman bin Ali bin Musa telah mengkhabarkan kepada kami bahawa Abu Ahmad Ubaid telah mengkhabarkan kepada kami di Baghdad bahawasanya Abu Abdillah Al-Husain bin Isma'il Al-Mahamili tlh mengkhabarkan kepada kami bahawa Muhammad bin ISma'il Al-Ahmasi telah mengkhabarkan kepada kami bahawa Al-Hasan bin 'Athiyyah telah mengkhabarkan kepada kami bhawasanya Anas r.a. telah mengkhabarkan kepada kami bahawa beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah kefardhuan bagi setiap muslim."

(Sanad yang lain) Dan Abu Nasr telah mengkhabarkan kepada kami bahawa Abu Ahmad telah mengkhabarkan kepada kami bahawa Ibn Iskab telah mengkhabarkan kepada kami bahawa Yazid telah mengkhabarkan kepada kami daripada HUMAID dan Aban daripada Anas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan hadis yang sama."

Sumber: http://global.islamweb.net/hadith/displa....ndexstartno=100

Cuba perhatikan kalimah "HUMAID dan Aban tersebut. Maksudnya, Imam Al-Syahami meriwayatkan hadis ini melalui Aban dan Humaid dengan sanad yang sama.

Imam Al-Syahhami sendiri seorang ulama' hadis yang diterima hadisnya. Begitu juga Abu Nasr Abdul Rahman, guru As-Syahhami, seorang ulama' yang thiqah.

Abu NAsr ini meriwayatkan hadis ini daripada Abu Ahmad Ubaidillah ibn Abi Muslim Al-Baghdadi yang merupakan seorang ulama' thiqah.

Abu Ahmad pula meriwayatkan daripada Abu Abdillah Husain bin Ismail Al-Muhamili, Qadhi Kufah, yang merupakan seorang ulama' thiqah juga.

Abu Abdillah ini meriwayatkan daripada Muhammad Ibn Isykab As-Shaghir, seorang ulama' thiqah juga. Ibn Isykab pula meriwayatkannya daripada Yazid bin Harun Al-Wasithi, seorang ulama' thiqah juga. Yazid ini meriwayatkan daripada dua orang iaitu:

HUMAID dan Aban bin Fairuz daripada Anas r.a..

HUMAID bin Ibn Abi HUmaid At-Thowil pula merupakan seorang ulama' thiqah walaupun terkadang melakukan tadlis. Abu Hatim Ar-Razi berkata tentang beliau: "Thiqah la ba'sa bihi" (terpercaya yang tidak mengapa meriwayatkan daripadanya).

Imam Az-Zahabi mengatakan, beliau thiqah tetapi ada membuat tadlis daripada Anas r.a..

Saidina Anas r.a. memang disenaraikan sebagai antara guru Humaid ini. Bahkan, Yazid bin Harun juga disenaraikan sebagai murid beliau dalam Tahzib Al-Kummal.

Maka, melalui jalan Humaid sehingga ianya dikeluarkan oleh Al-Syahhami dalam juz Al-Ulf As-Suba'iyyah tersebut dinilai sebagai suatu rantaian sanad yang baik bagi hadis ini. Walaupun demikian, masih ada ruang untuk dinilai semula kerana para ulama' hadis lain tidak pernah menyebut sanad Humaid yang berkongsi dengan Aban ini.

Apa yang penting, dengan adanya bukti ini menunjukkan perkataan Imam Az-Zahabi tentang adanya sanad yang baik bagi hadis ini adalah benar. Wallahu a'lam...

Teks hadis:

اطلبوا الْعِلْمَ ولوْ بالصِّينِ فإِنّ طَلَبَ العِلْم فَرِيضَةٌ على كُلِّ مُسْلِمٍ

Terjemahan:

”Tuntutlah ilmu walaupun di China. Maka sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah fardu ke atas setiap muslim”.


Keterangan:

Ada yang menyangka bahwa matan hadis penuh seperti di atas adalah hasan kerana jalan-jalan riwayatnya yang banyak (lihat seperti dalam: فيض القدير). Walhal perbincangan tentang matan hadis ini sebenarnya perlu dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian kedua hadis di atas (فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم) telah diriwayatkan dari Anas RA oleh 20 orang perawi sepertimana kata Ibn ’Arraq dan ianya itu bertaraf hasan.

Bahagian awal hadis ini (اطلبوا العلم ولو بالصين،) fokus perbincangan kita pula telah diriwayatkan oleh Anas RA dan Abu Hurairah RA. Namun perbincangan akan tertumpu kepada riwayat Anas kerana riwayat Abu Hurairah mengandungi perawi yang memalsukan hadis. Riwayat Anas pula telah diriwayatkan oleh 4 orang perawi, iaitu Ibrahim al-Nakha’i, al-Zuhri, Ibn Sirin dan Abu ’Atikah Tarif bin Salman.

Bagaimanapun, perbincangan akan tertumpu kepada riwayat Abu ’Atikah Tarif bin Salman sahaja kerana jalan-jalan riwayat yang lain itu tidak dapat dipertanggungjawabkan. Ini kerana riwayat Ibrahim al-Nakha’i terputus dan riwayat dari al-Zuhri pula mengandungi perawi pendusta. Manakala riwayat Ibn Sirin di sisi Abu Ya’la dan Ibn ’Abd al-Barr, seperti yang dikatakan oleh al-Suyuti dapat menyokong riwayat Abu ’Atikah (al-Ta’aqqubat ’ala al-Mawdu’at oleh al-Suyuti), namun dakwaan al-Suyuti ini tidak dapat dibuktikan kerana nuskhah Ibn ’Abd al-Barr dan Abu Ya’la yang ada tidak merekodkannya.

Takhrij Hadis

Ringkasnya, - al-faqir hanya menukil perbahasan para pengkritik hadis sebelum ini – para ulama hadis yang telah mengeluarkan jalan riwayat Abu ’Atikah ialah:

ابن عدي ( 207 / 2 ).
وأبو نعيم في " أخبار أصبهان " ( 2 / 106 ).
وابن عليك النيسابوري في " الفوائد " ( 241 / 2 ).
وأبو القاسم القشيري في " الأربعين " ( 151 / 2 ).
والخطيب في " التاريخ " ( 9 / 364 ) وفي " كتاب الرحلة " ( 1 / 2 ).
والبيهقي في الشعب (1663) (4 / 174) و" المدخل " (243).
وابن عبد البر في " جامع بيان العلم " (15- 21) ( 1 / 7 - 8 ).
والضياء في " المنتقى من مسموعاته بمرو" ( 28 / 1 ).
المنتخب من علل الخلال (63).

Kesemua mereka meriwayatkan hadis ini daripada al-Hasan bin ‘Atiyyah yang memberitakan daripada Abu ‘Atikah Tarif bin Salman dari Anas RA secara marfu’. Manakala…

العقيلي في " الضعفاء " (864) ( 196 )

Beliau meriwayatkannya daripada Hammad bin Khalid al-Khayyat yang memberitakan daripada Abu ‘Atikah Tarif bin Salman dari Anas RA secara marfu’.

Maka, meskipun al-Hasan bin ‘Atiyyah daif, namun riwayat beliau dari Abu ‘Atikah disokong oleh Hammad bin Khalid al-Khayyat. Justeru, perbincangan para pengkritik hadis ini secara fokus, sebenarnya tertumpu kepada Abu ‘Atikah. Dan kesemua ulama al-jarh wa al-ta’dil pula telah mendaifkan beliau.

Al-‘Uqayli dalam riwayatnya di atas hanya mengecam Abu ‘Atikah katanya: Matruk al-hadith.
Kata al-Bukhari: Munkar al-hadith.
Kata al-Nasa’i: Tidak thiqah.
Kata Abu Hatim: ’Pergi’ hadisnya.
Al-Sulaimani menyenaraikannya dalam kalangan orang yang memalsukan hadis.
Kata al-Tirmizi: Abu ’Atikah didaifkan (no. 658).
Yahya bin Ma’in pula tidak mengenalinya.
Kata al-Daraqutni: Daif.
Kata Abu Ahmad al-Hakim: Tidak kuat menurut mereka, yakni ahli hadis.
Kata al-Bazzar: Abu ’Atikah tidak dikenali dan tidak diketahui dari mana dianya (no. 95).

Imam Ahmad apabila mendengar hadis ini sangat mengingkarinya (المنتخب من علل الخلال). Yakni mengingkari keseluruhan matannya tentang kefarduan menuntut ilmu ke atas setiap muslim, di mana kata beliau: (لا يثبت عندنا فى هذا الباب شئ). (تنزيه الشريعة ج:1 ص:257). Demikian juga pendapat al-Bazzar dalam Musnadnya kata beliau: (وَكُلُّ مَا يُرْوَى فِيهَا عَنْ أَنَسٍ ، فَغَيْرُ صَحِيحٍ). Sedangkan berdasarkan penyelidikan lanjut oleh sebilangan pengkaji hadis kemudiannya, didapati bahagian kedua hadis ini adalah hasan, malah ada yang mensahihkannya.

Meneliti Kritikan Ibn al-Jawzi

Ibn al-Jawzi memuatkan hadis ini dalam al-Mawdu’atnya (1/215) dengan katanya: Hadis ini tidak sah dari Rasulullah SAW. Namun beliau hanya menyatakan al-Hasan bin ‘Atiyyah didaifkan oleh Abu Hatim dan Abu ’Atikah pula disebut oleh al-Bukhari: Munkar al-hadith. Setelah itu dibawakan kata-kata Ibn Hibban: ”Hadis ini batil, tiada asal baginya”.

Jelasnya beliau hanya menyokong pendapat Ibn Hibban tanpa membawakan hujah yang kukuh kenapa hadis tersebut batil dan palsu. Kerana zahir ‘illah yang dinyatakan oleh beliau hanya menunjukkan hadis tersebut sekadar bertaraf amat daif. Dan tidak pula dapat dipastikan jalan riwayat manakah yang ditolak oleh Ibn Hibban. Sedang Ibn al-Jawzi sendiri telah meriwayatkan hadis ini dari 4 jalan riwayat yang berbeza daripada Abu ’Atikah (lihat diagram sanad). Kemungkinan ini adalah di antara kelonggaran Ibn al-Jawzi yang mudah menghukum sesuatu hadis sebagai palsu sebagaimana yang telah masyhur.

Syeikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah (no. 416) hanya mengikut pendapat Ibn Hibban sebagai batil, sedang kata-kata Ibn Hibban itu belum dapat dibuktikan secara terperinci. Bahkan kebanyakan ulama hanya menukilkan kata-kata Ibn al-Jawzi berserta hukum Ibn Hibban ini, di samping menukilkan pandangan yang hanya mendaifkannya. Lihat seperti dalam: ( المقاصد الحسنة للسَّخاوي - 125) dan (تنزيه الشريعة ج:1 ص:257).

Di antara yang sependapat dengan Ibn Hibban ialah al-Bazzar, katanya: ”Tiada bagi hadis ini asalnya” (no. 95). Seperti al-’Uqayli beliau juga mengecam riwayat ini kerana Abu ’Atikah.

Antara ulama yang berpada dengan hukum daif sanadnya ialah al-Bayhaqi yang menyatakan dalam (المدخل إلى السنن الكبرى): ”Hadis ini matannya masyhur dan sanad-sanadnya daif. Aku tidak tahu satu sanad pun yang dapat menjadikan hadis ini sabit dengannya. Wallahu a’lam”. Antaranya lagi ialah al-‘Iraqi dalam Takhrij Ihya’ ‘Ulumiddin. Dan al-Suyuti dalam al-Jami’ al-Saghir (no. 1110) hanya mengisyaratkannya sebagai daif.

Kedudukan Abu ’Atikah

Menurut al-Zahabi dalam al-Mizan - no. 10339: Beliau disepakati kedaifannya (مجمع على ضعفه). Meskipun Abu ’Atikah daif, namun al-Suyuti menyatakan bahawa beliau tidak dicap sebagai pendusta atau dituduh berdusta, dan beliau termasuk di kalangan perawi-perawi dalam Sunan al-Tirmizi (al-Ta’aqqubat ’ala al-Mawdu’at oleh al-Suyuti). Demikian juga penilaian Ibn Hajar dalam Taqrib al-Tahzib (no. 8229) sebagai daif sahaja, dan seolah-olah beliau menolak kritikan al-Sulaimani yang menyenaraikannya dalam kalangan orang yang memalsukan hadis dengan katanya: ”al-Sulaimani agak berlebihan terhadapnya”. Seolah-olah tuduhan tersebut tidak mempunyai bukti yang kuat, maka beliau mengkategorikannya di tabaqat ke lima.

Dikeluarkan oleh al-Nasa’i dan al-Dawlabi dalam al-Kuna bahawa Hammad bin Malik bertanya kepada Abu ’Atikah, dan ketika itu beliau sudah berusia 164 tahun (!): Barangkali sudah bercampur aduk akal tuan ke atas tuan sendiri? Maka jawabnya: Ya. (al-Tahzib, no. 8527)

وأخرج النسائي والدولابي في الكنى من طريق حماد بن مالك سألت شيخا يقال له طريف بن سلمان أبو عاتكة وكان قد أتى عليه مائة سنة وأربع وستون، فقلت: ربما اختلط عليك عقلك؟ فقال: نعم.

Para pengkaji tidak menyebut tentang bila al-Hasan bin ‘Atiyyah dan Hammad bin Khalid al-Khayyat meriwayatkan hadis ini daripada beliau, sama ada sebelum atau sesudah bercampur aduk ingatannya. Ia tidak perlu kerana mereka sudah menghukumkannya sebagai daif. Inilah punca barangkali kenapa para pengkritik hadis mendaifkan beliau, bukan disebabkan beliau memalsukan hadis sepertimana dakwaan al-Sulaimani.

Maka secara kesimpulan, beliau tidak dihukum secara terlalu berat kecuali oleh al-Sulaimani. Al-Sulaimani, Ahmad bin ’Ali (m. 404H) antara ulama hadis yang ketat dan keras dalam menghukum para perawi. Ada sebahagian hukum jarhnya terhadap tokoh-tokoh ulama ditolak, seperti menuduh al-Zubayr bin Bakkar, al-Fadl bin al-Hubab, al-Bazzar dan Ibn Jarir al-Tabari memalsukan hadis. Beliau turut mengatakan al-Baghawi mencuri hadis, dan Ibn Abi Hatim pula berfahaman Syiah. Di sini pula, kita lihat al-Hafiz Ibn Hajar seakan-akan tidak setuju dengan beliau mengenai status Abu ’Atikah.

Hukum al-Bukhari (munkar al-hadith), al-Nasa’i (tidak thiqah) dan al-’Uqayli (matruk al-hadith) pula dapat dikategorikan sebagai agak berat juga yang menjadikan hadis ini sangat daif. Manakala hukum al-Tirmizi, Ibn Ma’in, al-Daraqutni dan Abu Ahmad al-Hakim lebih ringan jarhnya yang menjadikan hadis ini hanya daif. Maka jelas, perbezaan hukum hadis di sisi para pengkritik hadis ini adalah kerana Abu ’Atikah, sama ada hadis tersebut menjadi palsu, sangat daif, ataupun daif sahaja.

Kejutan Riwayat Ibadhiyyah

Setelah saya menulis penjelasan di atas, baru saya menemukan riwayat hadis ini dalam Musnad al-Rabi’ (no. 18), pegangan faham Ibadhiyyah, salah satu cabang Khawarij moderat yang masih kekal dan hampir kepada Ahlus Sunnah. Ia adalah mazhab rasmi negara Oman kini. Amat menghairankan, riwayat ini tidak disebut oleh mana-mana pakar pengkritik hadis di atas, dan ia lain dari jalan riwayat Abu ‘Atikah. al-Rabi’ bin Habib bin ’Amr al-Basri adalah ulama hadis Ibadhiyyah dan tokoh besar mereka. Teks riwayat hadisnya adalah seperti berikut:

قال الربيع بن حبيب: حدثني أبو عبيدة عن جابر بن زيد عن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: اطلبوا العلم ولو بالصين.


Guru al-Rabi’, Abu ’Ubaydah ialah Muslim bin Abi Karimah. Menurut Abu Hatim: Majhul, namun Ibn Hibban menyebutnya dalam kitab al-Thiqat seraya katanya: “Namun saya tidak berpegang dengannya”, yakni kerana berfahaman Syiah. (Lisan al-Mizan). Beliau adalah faqih dari kalangan tokoh ulama Ibadhiyyah (al-A’lam – al-Zirikli).

Guru beliau, Jabir bin Zaid pula adalah seorang yang faqih dan thiqah. Dikatakan berfahaman Ibadhiyyah, namun beliau diriwayatkan berkata: “Aku berlepas diri kepada Allah dari yang demikian”. (Tahzib al-Tahzib, no. 61). Maka jika sah sanad ini, ia dapat menyokong riwayat Abu ‘Atikah di atas. Ini kerana ada yang mempertikaikan kredibiliti nuskhah Musnad al-Rabi’ berkenaan. Malah al-Rabi’ Abu ‘Amr ini juga tidak begitu popular dalam kitab-kitab rijal Ahlus Sunnah. Secara zahirnya sanad ini sah di sisi Ibadhiyyah dari riwayat imam mereka!! Dalam menerima atau menolak hadis, apa yang menjadi ukuran ialah sifat benar dan amanah perawi, walaupun ianya dari kalangan ahli bidaah.

Rumusan

Secara teori, mereka yang menolak hadis ini tidak dapat menghukum secara jazam dan yakin akan kepalsuannya. Ia ditolak adalah berdasarkan kepada seni pengkritikan hadis yang berbentuk ijtihadi. Demikian juga mereka yang menghukumnya sebagai daif juga sudah tentu tidak dapat menghukum secara jazam dan yakin akan kesabitannya. Ia hanya dapat digunapakai sebagai motivasi (fada’il) sahaja tanpa menisbahkannya secara pasti kepada Rasulullah SAW. Saya lebih cenderung kepada pendapat ini selagi bukti kukuh tentang pemalsuan Abu ’Atikah, seorang tabiin dan murid kepada Anas bin Malik r.a. tidak ditemukan.

Apatah lagi jika digabungkan dengan kemungkinan-kemungkinan yang ada pada jalan-jalan riwayat Ibrahim al-Nakha’i, al-Zuhri, dan juga Ibn Sirin, walaupun tidak diterima secara ilmiah. Lebih-lebih lagi sokongan dari riwayat al-Rabi’ bin Habib yang dapat mengubah riwayat Abu ’Atikah ini menjadi kuat sedikit. Bahkan ianya sabit menurut jalur riwayat imam-imam Ibadhiyyah! Apa pun kita bukannya hendak mensahihkan hadis ini dan menjadikannya sebagai hujah. Tujuannya adalah agar kita tidak mencemuh dan mendabik dada apabila melihat orang lain menyebutkannya, seperti kita berkata: ”Apa ustaz ni? Pakai hadis palsu!” ... Sekian.

Wallahu a’lam.

Oleh : Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni - Rujuk : http://sawanih.blogspot.com/2011/06/kajian-hadis-tuntutlah-ilmu-walaupun-di.html

No comments:

Post a Comment