Tuesday, 29 May 2012

Penyakit Umat Masakini


Berikut merupakan luahan seorang yang prihatin dengan keadaan semasa yang dikongsi di inbox page ilmi-islam.com

mari kita hadam mesej yang cuba disampaikan oleh beliau

by Fadhil Azwir.

Nowdays di sana sini, golongan remaja, kanak-kanak dan orang tua heboh menceritakan kegilaan dan taksub terhadap Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Konsert Sureheboh TV3, Audition dan Who Will Win. Mereka secara terang-terangan menangisi peserta yang kalah di dalam pertandingan tersebut. Yang tua sama sahaja meratapi peserta yang diumumkan kalah. Lebih malang lagi yang muda berpesta tangisan dan berpeluk-pelukan dengan bukan mahram tanpa sedikitpun rasa segan silu dan bersalah. Yang berada di pentas juga berpeluk-pelukan tanpa mengenal sempadan dan batasan sebagai seorang Islam. Zaman para sahabat dahulu, mereka merintih dan menangis kerana tidak dapat turut serta berjuang di medan perang bersama Rasulullah SAW. Para sahabat menangis sedih jika tidak dipilih untuk berperang kerana terlepas satu peluang untuk mati syahid.

Remaja Melayu/Islam menangis sedih sambil berpelukan dengan bukan mahram kerana tidak menang dan terpilih sebagai penyanyi dan penghibur. Orang yang ada sedikit kewarasan dan saki baki iman di dada akan berdetik di hatinya untuk berkata: “apa sudah jadi dengan anak bangsaku”

Daripada Abu Hurairah R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “umatku akan ditimpakan penyakit yang pernah menimpa umat yang terdahulu”
Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “apakah penyakit umat terdahulu itu”. Rasulullah SAW menjawab: “terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam mencari harta dunia, cepat marah dan hasud menghasud sehingga berlaku kezliman”.
Hadis diriwayat oleh Hakim

Berdasarkan hadis ini, salah satu perkara yang menjadi penyebab kehancuran dan kemusnahan umat yang terdahulu ialah kerana terlalu banyak berseronok dan kuat berhibur. Yang peliknya 95 peratus peserta adalah masyarakat Melayu/Islam. Penontonnya pula hampir semunya Melayu/Islam. Inilah satu penyakit baru yang sedang melanda masyarakat Melayu/Islam. Apakah tidak terfikir bahawa satu hari nanti masyarakat Melayu/Islam bakal dimusnahkan oleh Allah SWT seperti umat yang terdahulu.

Cuba kita tanya mereka, kenalkan mereka kepada pejuang Islam yang syahid di medan perang. Kenalkakah mereka terhadap para sahabat Rasulullah SAW. Kenalkah mereka terhadap Rasulullah SAW itu sendiri. Mungkin mereka tidak pernah mendengar nama-nama besar di dalam sejarah Islam seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan, Ali bin Abi Tholib, Amru al-Ash, Zubair al-Awwam, Zaid bin Thabit, Zaid bin Haritsah, Khalid al-Walid, Hamzah bin Abdul Mutalib, Saad bin Abi Waqas dan banyak lagi.

Tanyakan pula pada mereka apakah mereka kenal dengan peserta popular Akademi Fantasia atau penyanyi popular Barat. Sudah pasti jawapanyanya kenal dan teramat kenal. Mereka pasti kenal penyanyi berimej seks seperti Britney Spears,Justin Bieber,LMFAO, semua penyanyi Linkin Park dan banyak lagi. Mereka bukan setakat kenal malah mengikuti dan menghayati gaya hidup seharian artis popular ini. Para artis dimuliakan dan disanjung tinggi dan mendapat tempat di hati mereka. Lebih parah lagi mereka jadikan artis sebagai idola. Di dalam hal ini Rasulullah SAW ada memberi ingatan tentang perkara yang menyebabkan bala segera diturunkan ke atas sesuatu umat: Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Daripada Ali bin Abi Tholib R.A. Rasulaullah SAW bersabda: Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala pasti akan turun ke atas mereka: apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu sahaja, apabila amanah dijadikan sebagai satu sumber keuntungan, apabila zakat dijadikan hutang, apabila suami memperturutkan segala kehendak isteri, apabila anak derhaka kepada ibunya, apabila anak-anak hanya mendengar cakap kawan-kawannya, apabila anak-anak menjauhkan diri daripada bapanya, apabila suara ditinggikan di dalam masjid, apabila orang yang menjadi ketua bagi sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di kalangan mereka, apabila seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya, apabila arak sudah diminum di serata tempat, apabila kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki, apabila artis disanjung dan dimuliakan, apabila muzik banyak dimainkan orang dan apabila generasi akhir umat melaknat dan menyalahkan generasi para sahabat” .
Hadis diriwayatkan oleh Tarmizi.

Kita renung bersama kata-kata Prof Dr Yusuf Qardahwi: “kalau ingin melihat rupa bentuk sesuatu bangsa pada masa akan datang lihatlah remajanya hari ini”. Beliau juga berkata: “petanda sesuatu bangsa akan musnah, terlebih dahulu musnah akhlaknya”. Bangsa Melayu/Islam khususnya golongan remaja menepati ciri-ciri bangsa yang bakal dihancurkan kerana akhlaknya telahpun musnah, Tidak mustahil bangsa Melayu/Islam akan menjadi satu bangsa yang bakal terhapus sebagaimana umat terdahulu yang telah dimusnahkan oleh Allah SWT kerana terlalu banyak berseronok dan berhibur. Amat malang bagi masyarakat Melayu/Islam sekiranya program seumpama ini tidak dapat dihentikan dalam masa yang terdekat. Tidak ada gunanya kita bercakap soal “nation building” jika di sana sini kita biarkan perkara yang meruntuhkan “nation building” berlaku secara berleluasa. Program hiburan melampau ini sebenarnya bukan setakat mengagalkan “nation building” tetapi akan menghancurkannya. Percaya dan yakinlah orang yang semasa mudanya banyak berhibur dan bergembira di waktu tuanya akan banyak berduka. Masyarakat yang kuat berhibur dan lalai dengan perkara yang mengasyikkan akan berduka akhirnya.

Seperti yang kita lihat rancangan di negara kita sekarang tanpa sempadan ... Rancangan Hiburan lg byk DARI rancangan membina JATI DIRI masyarakat seperti di negara2 MAJU yg lain ..

Sebagai kesimpulannya berhibur tidaklah dilarang terus oleh Islam tetapi biarlah kena dengan bentuk dan jenisnya. Hiburan jenis melampau dan taksub ini tentu sahaja dilarang keras oleh Islam. Hiburan yang melampau dan taksub ini menjadi penggalak kepada kegiatan maksiat dan dosa yang lain seperti zina, minum arak, hisap dadah, bergaduh dan sebagainya. Marilah kita sama-sama fikirkan tentang “nation building” pembinaan bangsa bukan dalam bentuk slogan semata-mata tetapi dalam bentuk implimentasinya.

No comments:

Post a Comment