Saturday, 13 July 2013
Apakah MUJTAHID
Tuesday, 2 July 2013
Syiah
Cara Mengenali Orang Yang Berpegang Agama Syiah oleh Belia Keamanan Malaysia
Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal orang yang berpegang dengan agama Syiah ini?
Jawapan:
Mula-mula sekali sebelum kita hendak mengenali orang yang menganut fahaman syiah ini, kita perlu mengenali apa itu syiah. Syiah di atas dunia mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada banyak kelompok tetapi majoritinya adalah tiga kelompok besar seperti berikut.
1 : KELOMPOK PERTAMA – SYIAH MUFADDHOLAH (puji kelebihan)
iaitu yang cenderung memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi).
CIRI-CIRI :
mereka akan banyak bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga Nabi;
- Ali,
- Fathimah,
- Hasan,
- Husain,
- dan lain-lain
mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi.
mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Utsman sebagai khalifah,
tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan tema atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal (harus menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih baik).
bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun (menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua.
NAMA KUMPULAN :
- mereka terkenal dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.
2 : KELOMPOK KEDUA – SYIAH RAFIDHAH (puji kelebihan)
Kecenderungan kedua merupakan kelompok syiah majoriti di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah.
MAKNA :
Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak).
NAMA KUMPULAN/GELARAN :
Mereka digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah.
Mereka adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya;
- Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12),
- Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik tertentu).
PEGANGAN :
Mereka tidak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti :
- Aisyah,
- Abu Bakar,
- Umar,
- Utsman,
- Abu Hurairah,
- Muawiyah ibn Abi Sufyan,
- keturunan Muawiyah
- keturunan Umar keseluruhannya.
AKIDAH :
Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang mereka laknati tidak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.
Ini bahaya dan tidak boleh dianggap remeh oleh RAKYAT MALAYSIA kerana mereka mempunyai agenda.
Akidah mereka berbeza dengan akidah Ahlussunnah.
Kalau kita setakat berbeza fahaman parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini lain.
Mereka mengkafirkan sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita.
Idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka menulis Al Quran.
Apabila syiah mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang ada pada hari ini dianggap tidak boleh dipakai. Mereka hanya akan membaca Al Quran bila kiamat nanti yang dikatakan dibawa oleh Imam Mahdi.
Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura).
Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.
TUNTUTAN AGAMA :
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka.
KEPERCAYAAN :
- Kepercayaan mereka berbeza dengan ahlus sunnah.
- Imam Mahdi mereka tidak sama dengan Imam Mahdi ahlus sunnah.
- Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir dan menunggu di dalam Gua Sardab.
- Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan ada ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW,
- tetapi mereka menolak kesemua hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.
- Mereka menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim.
- Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga Nabi).
* Jadi perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan syubhat dalam pemikiran kita.
Ini adalah majoriti syiah yang sedang bertebaran di atas muka bumi pada hari ini.
Lihatlah sambutan Asyura yang setiap tahun mereka raikan, mereka melaknati Abu Bakar, Umar, dan sahabat Nabi yang lain.
CERITA SAKSI (Ustaz Fathul Bari Mat Jahya) :
Baru-baru ini saya ke Oman bersama sahabat saya, kami memasuki sebuah masjid syiah. Di Oman ada 10-15% penganut agama syiah imam 12. Saya masuk ke dalam masjid mereka dan di situ ada batu-batu karbala iaitu tanah yang dimampatkan menjadi batu dan mereka sujud di atas tanah itu ketika solat kerana menganggap suci tanah tersebut.
Kemudian saya masuk ke dalam lagi dan pergi ke rak buku, saya mengambil satu buku kecil bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari Asyura). Saya membuka dan membacanya, di dalamnya terdapat doa-doa laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan kaedah membaca doa-doa tersebut. Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada hari asyura adalah dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan diri dan mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut adalah hari kematian Husain.
3 : KELOMPOK KETIGA – SYIAH BATHINIYAH (simbolik dan tiada amalan)
Syiah yang ketiga, dan ini yang paling pelik. Syiah yang berkecenderungan kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan).
LOKASI :
Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di sebelah Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan.
PEGANGAN :
- Mereka menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya simbolik semata-mata.
- Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya wahyu disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.
- Akidah begini merupakan akidah yang membatalkan keislaman seseorang.
KUMPULAN :
Mereka datang dengan banyak nama, antaranya;
- syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di Syria – mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf Tuhan,
- syiah Duruz,
- syiah Isma’iliyah di Pakistan,
- Aghakhaniyah di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).
Ini adalah tiga kecenderungan syiah, cuma yang majoritinya adalah kelompok yang kedua.
……………………………………….
Cara Mengenali Orang Yang Berpegang Agama Syiah
Syiah boleh dikenali melalui modus operandi atau cara mereka menarik kita.
1. Langkah Pertama :
1) Mereka memulakan dengan memuji ahlul bait (ahli keluarga Nabi).
2) Mereka akan kerap bercerita tentangkebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, dan lain-lain.
3) Mereka menyeru untuk fokus dan bercakap tentang ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu bercakap tentang yang lain, kerana Nabi sangat mencintai kaum keluarganya. Oleh itu menurut mereka, memadai mengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.
4) Mereka membawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum keluarga Nabi.
5) Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang yang paling cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan) yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Kita perlu sayang dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukanmaksiat, kejahatan dan kesalahan, maka kesalahannya tidak boleh dibiarkan. Kata Nabi SAW,
لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها
Sayang ada hadnya. Adapun syiah menyayangi ahlul bait dengan menganggap mereka bebasdosa, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka.
2. Langkah Kedua :
1) Mereka mempopularkan imam-imam mereka; Khomeini.
2) Antara slogan mereka, “Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah. Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.”
3) Mereka bertujuan membangkitkan semangat, “Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur. Sedang Amerika mencari Anwar Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang, menembak menggunakan satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa, mencari Saddam Hussein sampai jumpa, mencari Muammar Ghaddhafi sehingga dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi itu berbillion kekayaannya, membina tempat keselamatannya dengan kekayaannya tetapi Amerika boleh cari juga…”
Kenapa negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tidak berperang lagi sampai ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru terkena dekat Palestin, tidak sengaja kononnya. Mereka ada agenda mereka, inilah dia taqiyyah Syiah.
Sebab itu ulama apabila membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan, di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah syiah rafidhah Imam 12.
MEMUJI KHOMEINI
Syiah sering bercerita tentang imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku hebat dan pelbagai pujian lagi. Padahal Khomeini, dia menulis dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat Nabi SAW.
SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW YANG DIKAFIRKAN OLEH AJARAN SYIAH
Abu Bakar RA adalah sahabat Nabi yang menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik oleh Nabi sebagai imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih dan Nabi sayang, yang mana ketika semua orang tidak percaya kepada Nabi SAW, beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi sehingga digelar sebagai As-Shiddiq.
Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan mengatakan perselisihan ini kecil. AnakUmar, Abdullah ibn Umar RA merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).
Utsman RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.
Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diguna pakai.
Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan, maka hadis Abu Hurairah tidak boleh diterima.
Jadi apa tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita, begitulah cara mereka merosakkan Islam. Mereka mengambil kitab mereka dan memuliakan imam mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini, mengangkat negara Iran.
MENYEBARKAN SYIAH MELALUI PERKAHWINAN
1. Orang Iran cantik-cantik parasnya. Antara modus operandi mereka juga adalah melalui wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan.
2. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita, hidung mancung bak seludang,janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tidak ada apa. Siapa tidak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung. Tetapi padahal mereka membawa ideologi syiah.
3. Di sebelah Afrika mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik, Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan terpegun melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya, apabila dicukur semua rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.
Itu sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah mereka banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah, dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?
Hal ini bukan hal yang kecil, hal ini serius. Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau pergi duduk di Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini tidak boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.
SEKS BEBAS DI KALANGAN SYIAH NUSAIRIYAH (YANG DIAMALKAN DI SYRIA)
Zina dan seks bebas adalah dosa besar dalam ajaran Islam
Seks bebas adalah zina yang dihalalkan dalam ajaran Nusairiyah. Seks bebas sebagai penyempurnaan iman bagi kaum wanita Nusairiyah.
Ia hanya dihalalkan kepada kaum lelaki mereka sahaja. Sama sekali tidak boleh dengan lelaki bukan dari kalangan mereka
Mereka jadikan wanita sebagai hadiah untuk meraikan tetamu. Mereka namakan hadiah tersebut sebagai ‘al fardhu al lazim’ atau ‘al haq al wajib’ ertinya fardhu yang mesti atau hak yang wajib kepada tetamu.
Penulis buku al Bakurah as Sulaimaniyah dia berbual dengab seorang mursyid syiah Nusairiyah
Suatu hari aku bermusafir ke kampung al Jarab di bandar Antokiah. Aku berjumpa dengan seorang syeikh Nusairiyah dan berbual dengannya. Dia mengajak aku menjadi tetamunya dan bermalam di rumahnya.
Dia sediakan kepada satu bilik cantik untuk tidur. Pada pukul 2pagi tiba-tiba pintu bilik aku diketuk seseorang. Aku pun buka pintu bilik ada seorang perempuan. Dia terus masuk bilik dan menutup pintu bilik. Kemudian perempuan itu pun tidur disisi ku. Aku dalam keadaan terpaku. Aku tak tahu apa yang perempuan mahu.
Selepas beberapa ketika perempuan pun bercakap dengan ku. Dia tanya aku, kamu tak nak ke! ni adalah ‘al fardhu al lazim’ atau ‘al haq al wajib’.
Ketika itu aku baru faham apa yang dikata oleh mursyid tentang ‘al fardhu lazim’ atau ‘al haq al wajib’ mereka menyerahkan wanita samada isteri atau anak perempuan kepada tetamu sebagai meraikan tetamu.
Aku berfikir jika aku berkahwin dengan anak perempuan dari salah seorang imam. Jika ada syeikh yang datang menjadi tamu aku. Aku mesti kena serah isteri aku kepada syeikh sebagai ‘al haq al wajib’. Aku tak boleh terima dan aku tak akan buat begitu selama-lamanya.
Sla rujuk; al Harakah al Batiniyah oleh Dr Muhammad al Khatib.
KITAB & HADIS SYIAH
- Syiah memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita sendiri.
- Syiah mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang mereka kafirkan.
- Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal.
Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini.
Al-Quran kita : 6236 ayat
Al-Quran mereka : 17,000 ayat
bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.
SYIAH AGAMA POLITIK
Pada hari ini mereka turut datang dengan nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik tanah air.
Kita perlu ingat bahawa syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah (kenegaraan).
Setelah mendapat negara maka barulah sah rukun Islam wilayah mereka.
Maka sebab itu mereka seringkali memberontak dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam yang sah, kerana mereka ada agenda untuk menguasai negara.
Itu sedikit berkaitan syiah.
Wallahu-a'lam