Friday, 4 May 2012

Penyakit Hati

GHURUR atau TERPEDAYA

Marilah kita terus kpd tajuk, dan spt yg telah dipaparkan sblum ini, suka saya ingatkan sekali lagi bahawa: Ghurur ialah penyakit dalaman yg terkena pada diri seseorg tanpa org itu sedari. Ianya bukan spt sifat2 yg biasa kita dengar seperti sifat ujub, sombong, bongkak, takabur, riak, bakhil, kikir atau yg seumpamanya. Ghurur adalah "sifat yg bilamana kita merasakan apa yg sedang kita buat itu kita merasakan ianya sudah cukup sempurna dan betul tetapi sebenarnya di dalamnya terselit sifat2 keji di antara sifat2 baik yg sedang kita lakukan". Maknanya sifat ghurur boleh wujud bersama2 dgn sifat2 baik, dalam ertikata lain ianya boleh terselit dicelah2 sifat baik yg sedang kita lakukan. Nmpak baik di segi syariat, tetapi buruk di segi tasawuf.

Kali ini kita akan bicarakan ketegori ketiga dlm kumpulan mereka yg terkena penyakit ghurur, iaitu golongan org yg tertipu dgn akhlak dan budi pekertinya sendiri.

Insya’Allah, kita akan membongkarkan segala khazanah ilmu Imam al-Ghazali dari kitab besarnya iaitu Ihya Ulu’middin yg ingin dismpaikannya kpd kita utk mengingatkan kita tentang bahaya penyakit ghurur ini, kata al-Imam al-Ghazali melalui Sheikh Said Hawwa, iaitu dlm ketegori ketiga:

“…mereka itu ialah org2 yg mengerti dan menyedari bahawa akhlak dan budi-pekerti yg buruk itu adalah salah dan sgt tercela, samada pada sudut pandangan Allah Swt ataupun masyarakat umum. Tetapi malangnya budi pekerti yg tinggi, beserta dgn sifat tawadhu, berlapang dada dan sabar mereka itu sebenarnya hanyalah sangka-sangkaan mereka sahaja.”

Biasanya golongan ini akan menampilkan dirinya dikhayalak ramai sehingga masyarakat sekeliling akan memuji penampilan mereka itu, mereka kelihatan kemas dan bersih, dan lagak mereka itu seperti org2 yg berakhlak mulia (dan sememangnya mereka begitu); kurang bicaranya (pendiam), menjauhi perkara mengumpat, tidak gopoh atau berebut2 utk mendapatkan sesuatu, dan ada di antara mereka sehinggakan merasa hairan terhadap diri sendiri dan ta’ajub dgn kemampuan atau keupayaannya menonjolkan diri dalam keadaan yg sedemikian. Bukan hanya masyarakat malahan diri mereka sendiri merasakan mereka sudah terselamat dari berakhlak buruk dan keji. Mereka merasakan sifat buruk itu tiada dalam diri mereka.

Kebaikan budi pekerti yg mereka tonjolkan itu bukanlah seikhlas yg disangka, sesungguhnya jauh di dalam hati mereka terselit perasaan yg keji lagi busuk, ini kerana penampilan yg berpakaian kemas dan bersih itulah maka mereka ketika berada di majlis tidak akan diminta untuk melakukan kerja2 bertaraf rendah, begitu juga mustahil org ramai akan meminta kebajikan darinya jika ia terlalu kemas (jika di Malaysia dgn baju batik dan kasut berkilatnya). Mustahil juga mereka akan diundang atau dijemput utk sama-sama bergotong-royong mengangkat barang2 ketika sesuatu majlis, kerana penampilan kemas dan bersihnya itu maka hilanglah pahala kebajikannya.

Begitu juga kerana kurang bicaranya maka org ramai jadi segan utk mendekatinya kesannya tiada yg dtg utk mengadukan masalah atau utk mendapatkan khidmatnya, ataupun utk bertanyakan sesuatu hal penting atau peribadi. Diamnya itu menyebabkan kerugian besar bagi dirinya drpd mendengar kelohan dan rintihan masyarakat yg sememangnya memerlukan sgt bantuan darinya.

Sikat kononnya dia ingin menjauhi diri dari mengumpat (bukan mengumpat yg keji itu tetapi mengumpat yg dibenarkan) tentang keburukan dan kezaliman yg sedang berlaku atau menimpa masyarakat disekelilingnya ketika itu adalah sebenarnya adalah merupakan kerugian besar padanya. Mungkin juga terselit ghurur akan niatnya utk menjauhi mengumpat itu sebenarnya adalah niat dia utk menjauhi dari terlibat dalam kerja2 perjuangan menegakkan kebenaran maka berlepas tanganlah dia dlm kekacauan. Ia seolah2 ia merasakan telah berlepas tangan dari hal mengumpat tetapi sebenarnya dia sedang berlepas tangan dari menegakkan yg hak. Memang benar bercakap tentang diri seseorang itu tanpa kehadirannya atau dibelakangnya itu juga dikira sebagai mengumpat, tetapi ianya mengumpat yg dibenarkan.

Sikap mereka yg menonjolkan tidak gopoh atau berebut2 utk mendapatkan sesuatu, sememangnya itu digalakkan tetapi jika ianya ikhlas kerana AllahSwt, tetapi jika sebaliknya, jika ia lakukannya kerana merasa kotor bila bersentuhan dgn org ramai, atau kerana merasa terhina yg mana dirasakan dia sepatutnya mendapat layanan yg lebih baik, bukannya disebabkan dia tidak berebut2 itu kerana menjaga adab tetapi kerana merasakan jijik dan kejinya org ramai yg jika dia turut rebut bersama.

Inilah contoh beberapa penampilan budi pekerti yg nmpak baik, tinggi dan mulia tetapi sebenarnya buruk. Pada pandangan mata masyarakat mereka nmpak baik tetapi busuk sebenarnya, Dlm hatinya dia merasa2 seolah2 dia ikhlas tetapi dicelah2 ikhlas itu terselit unsur2 keji apabila dia merasa jijik walaupun perasaan itu cuba disembunyikannya. Memang benar masyarakat tidak akan dpt melihat sifat kejinya itu, dan memang benar dirinya sendiri merasakan seolah2 berjaya menangkisnya dan selesa, dan terus bersangka ia telah terselamat dari sifat keji tetapi sebenarnya rasa selamat itulah sifat keji itu sendiri.

Kata Said Hawwa menukil dari kitab Ihya Ulu’middin, golongan ketiga ini pada mata masyarakat kelihatan seperti membantu orang ramai melalui sikap dermawan dan kebajikannya tetapi membantunya itu hanya bila ada berita yg akan disebarkan kpd org luar, dermanya itu hanya kerana adanya liputan media yg akan menghebahkan, maka jika demikian, amat sia2lah segala amal kebajikan yg mereka lakukan itu, kerana kebajikan dan amalannya itu bukanlah kerana AllahSwt.

Lazimnya "ketegori ketiga ini terdiri dari golongan pemimpin dan ketua masyarakat dan org yg hanya melihat kesalahan org lain tanpa sedar tentang diri sendiri". Seperti kata Imam Ghazali; “Ada juga dikalangan mereka yg mengenakan pakaian serba mewah atau duduk di tempat yg menampakkan ketinggian, lalu utk menutupi keburukan kelakuan buruk dgn berkata di dalam hatinya: “Jika aku tidak mengenakan pakaian mewah atau duduk ditmpat yg kurang baik, atau mengenakan yg kurang bermutu, maka tentunya musuh2ku akan merasa gembira sebab mereka akan bersangka aku sudah jatuh miskin, dan jadi hina dan itu juga bererti aku telah menyebabkan kehinaan atas agamaku sendiri. Aku harus kemas dan berbudi pekerti tinggi agar aku dapat menampilkan akhlak dan budi pekerti Islam yg sebenar.”

Sebenarnya itu adalah kata2 golongan maghrur, iaitu golongan yg telah terpedaya oleh perasaan hatinya sendiri, sehingga lupa bahawa syaitan itulah yg berbisik2 mengatakan itu dan ini agar hatinya berbolak-balik dgn keadaan. Orang Islam sebenar ialah yg tidak berkeluh kesah ketika ditimpa musibah seperti kemiskinan dan kehinaan, dan tidak pula lupa diri apabila mendapat sesuatu kesenangan di dunia ini. Keadaan mereka sama sahaja samada ketika ditimpa musibah ataupun mendapat kesenangan.

Seperti kisah Syaidina Umar r.a. ketika dicela org ramai kerana mengenakan pakaian yg kurang bermutu tetapi bersih, ketika beliau r.a. datang ke negeri Palestina walhal ketika itu beliau adalah Khalifah kerajaan Islam, lalu beliau menjawab celaan orang ramai dgn katanya;

“Kita semua ini adalah kaum yg telah dimuliakan oleh Allah Swt dgn adanya agama Islam, maka janganlah hendaknya kita mencari kemuliaan dalam apa sahaja selainnya”.

Begitulah serba ringkas ketegori ketiga golongan mughrur, iaitu golongan yg sudah terkena penyakit ghurur. Mereka tidak riak atau sombong, mereka berbudi pekerti tinggi tetapi sikap itu adalah kerana sesuatu yg selain dari AllahSwt. Sepatutnya akhlak mulia dan budi pekerti yg tinggi itu adalah bertujuan utk menampilkan akhlak Islam, budi pekerti Islam dan Islam itu adalah untuk AllahSwt. Bukannya atas sesuatu sebab yg selainnya.

Insya’Allah akan dibicarakan akan datang nanti tentang golongan keempat iaitu golongan sufi. Golongan yg merasa-rasa akan kesufian pada dirinya, merasakan kehebatan ilmu kesufiannya walhal dgn ilmu itu sendiri ia telah sesat lagi ghulat.
-Lebai al-Jihiny

No comments:

Post a Comment